Tuesday, July 18, 2006

Mesyuarat Teknikal Pembantu Perubatan

Mesyuarat Teknikal Pembantu Perubatan.
1. Penyatuan Pembantu Perubatan seluruh negara – Kita dapat melihat Pembantu Perubatan kita pada hari ini dapat duduk semeja dengan mesra dan semangat bersatu diantara : Lembaga Pembantu Perubatan, Persatuan Pembantu Perubatan, Kesatuan Pembantu Perubatan, Pihak Kolej Pembantu Perubatan dan Pembantu Perubatan seluruh negara di bahagian perubatan dan kesihatan awam begitu bersemangat, mesra dan bersatu padu.
2. Penyampaian Maklumat – Ketua Pembantu Perubatan Malaysia, telah memaklumkan kepada semua Pembantu Perubatan, di negara ini mengenai usaha-usaha memartabatkan profession Pembantu Perubatan.
3. Petanda-Petanda Baik masa depan Pembantu Perubatan, – Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, telah memberikan amanat dalam mesyuarat tersebut. Walaupun di peringkat ini belum disebut secara jelas mengenai cerahtidaknya masa depan Pembantu Perubatan, namun secara peribadi melalui pengamatan saya, saya percaya segala usaha kita untuk memartabatkan profession kita akan tercapai.
4. Ketua pembantu perubatan Malaysia dan Tan Sri KPK meminta agar semua Pembantu Perubatan, di negara ini menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang, untuk meyakinkan penggubal dasar menimbangkan segala permohonan yang dimajukan oleh Pembantu Perubatan. Sila maklum bahawa pihak berwajib JPA / KKM / Bhg Kewangan sedang memantau prestasi pembantu perubatan seluruh negara. Semua Pembantu Perubatan wajib menjalankan tugas sebaik mungkin dan elakkan daripada membuat kesilapan yang akan memudaratkan prosession.
5. Pembentangan Bidang-Bidang Pengkhususan oleh Pembantu Perubatan – Sepanjang mesyuarat beberapa pembentangan kertas mengenai bidang-bidang yang boleh dijadikan bidang pengkhususan oleh Pembantu Perubatan, telah dibuat.

Sama-sama kita berdoa dan berusaha agar semua usaha untuk memperolehi Skim Ijazah / Intergrasi, Elaun kritikal dan elaun-elaun insentif yang lain akan berjaya kita Pembantu Perubatan perolehi

Tahniah kepada Y.Bhg Tuan Hj Hassan Ahmad, Ketua Pembantu Perubatan Malaysia dan urusetia kerana berjaya merancang dan merealisasikan mesyuarat penuh bermakna ini.

Sunday, July 16, 2006

Hidup sebagai MA.

Hidup sebagai seorang Pembantu Perubatan (MA) yang selalu dipandang tak mulia pekerjaannya disisi masyarakat.. Tapi, apakah masyarakat pernah menghargai segala pengorbanan yang diberikan oleh golongan MA tak kira masa siang atau malam, subuh atau tengahari bagi MA yang bertugas diklinik kesihatan mereka ini terpaksa bersengkang mata untuk menabur bakti pada masyarakat terutamanya di masyarakat pedalaman. Cubalah hargai pengorbanan MA.. selamilah kedalam hati mereka apakah yang diperlukan mereka... Gaji taklah seberapa bukan itu menjadi pertaruhan yang utama tetapi... Pengormanan mereka terhadap masyarakat dan PENGHARGAAN serta MASA DEPAN YANG CERAH BAGI JAWATAN MA.

Saturday, July 15, 2006

Pembantu Perubatan


Kerjaya sebagai Pembantu Perubatan bukannya mudah apa taknya golongan ini sering menjadi mangsa kepada mangsa kepada cemuhan masyarakat sekiranya berlaku sedikit masalah yang berkaitan dengan kesihatan.. Namun adakah mereka sedar perjuangan seorang Pembantu Perubatan?? Golongan ini berkerja adalah untuk masyarakat tetapi, masyarakat tidak menghiraukan apa yang telah diberikan oleh mereka.. Ibarat pepatah "Bagai Kacang Melupakan Kulit" itulah hakikatnya pada masa sekarang... dulu mereka dipandang tinggi.. disanjung tinggi (sebagai penyelamat kepada penduduk dipedalaman sabah, sarawak dan semenanjung) namun sekarang sebaliknya... Tidakkah masyarakat di Malaysia sedar tentang pengorbanan mereka ini. Pembantu Perubatan adalah orang yang amat terpenting dibahagian pedalaman seluruh Malaysia.. apapun tenunglah tentang pengorbanan mereka..